bottom
ASSALAMUALAIKUM WBTH, Selamat Datang kepada semua mahasiswa baru ke bumi Dumyat, SEKIAN TERIMA KASIH.."JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH" .::SALAM UKHUWAH::.

Sambutan Aidiladha 1430H

Posted by damietta On 4:03 PM 0 comments

Makluman Terkini Imtihan Qabul

Posted by damietta On 6:35 PM 0 comments
Makluman terkini, pihak pengurusan Universiti Al Azhar akan mengadakan Peperiksaan Kelayakan (Imtihan Qabul) Al Azhar untuk mahasiswa baru Malaysia. Imtihan Qabul tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Siswa : Hari Isnin dan Selasa, 23 & 24 November 2009 (mengikut kepada ketentuan nama yang telah ditetapkan mengikut hari)
Siswi: Hari Rabu, 25 November 2009.
Jam 9 pagi

Imtihan tersebut akan diadakan di Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Haiyu Sadis Kaherah. Justeru, mahasiswa baru diminta untuk menghadiri imtihan tersebut. Segala makluman akan diberitahu dari semasa ke semasa. Kepada Yang Dipertua BKAN dan Pengerusi DPM serta exco pendidikan, sila maklumkan kepada ahli masing-masing berkenaan makluman ini. Dikesempatan ini, pihak PMRAM mengucapkan selamat menjalani Imtihan Qabul ini. Mudah-mudahan ada pertolongan serta hidayah dari Allah untuk anda.

Sumber: pmram.org

Kronologi Kedatangan Mahasiswa Baru

Posted by damietta On 6:32 PM 0 comments

Kedatangan mahasiswa baru ke bumi Dumyat pada Khamis (12/11/2009) yang lalu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini. Pentauzikan mahasiswa baru turut diiringi oleh 3 orang BP PMRAM iaitu Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh , Ustaz Muhamad Zuhaili bin Saiman, Ustaz Muhammad Labib bin Abdul Jalil. Disini kami paparkan antara laporan perjalanan program:

12/11/2009 - Mahasiswa baru bertolak dari Dataran Asyir pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki bas persiaran bersama BP PMRAM.

- Pukul 3.00 ptg kedatangan mahasiswa baru disambut dengan senyuman selamat datang daripada ADHOC Pelaksana USMB dan juga daripada warga Dumyat itu sendiri.

- Perasmian program oleh wakil Presiden PMRAM.

- Semua tetamu menjamu selera dan pembahagian rumah oleh Ustaz Ahmad Ghazali bin Makrof selaku Ketua Unit Perumahan.

- Semua mahasiswa baru dibawa ke rumah oleh ketua-ketua yang dilantik.

- Tepat pukul 8.30 malam program disambung kembali dengan slot “Bersama AJKT”. Slot ini telah berlansung selama 2 jam.

- Selepas selesai slot ”Bersama AJKT” majlis diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan Usrah Berkelompok oleh Ustaz Ahmad Rifa’I bin Muhammad selaku Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan dan upacara perasmian Program Tahunan DPMD oleh Ustaz Muhammad Labib bin Abdul Jalil selaku BP angkat bagi PMRAM cawangan Dumyat disertai dengan gimik pelancaran.

- Majlis berhenti rehat dengan menjamu selera.

- Semua hadirin bersurai.

13/11/2009 - Sambutan Mahasiswa Baru diteruskan lagi dengan perlawanan bola sepak diantara kumpulan usrah mahasiswa baru bersama naqib-naqib yang dilantik. Perlawanan bola sepak ini juga turut diserikan dengan penyertaan daripada Ahlijawatankuasa Tadbir DPMD 2009/2010. Perlawanan bola sepak dimulakan tepat pukul 6.30 pagi. Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Usrah yang dinamakan kumpulan Nabi Isa A.S, diketuai oleh Ustaz Ahmad Rifa’i bin Muhammad.

- Perlawanan bola sepak ini telah berakhir pada pukul 11.00 pagi untuk solat Jumaat.

- Selepas solat Asar semua mahasiswa baru dibawa ke Dumyat Adim dan kawasan sekitarnya.

14/11/2009 -Pada hari terakhir mahasiswa baru dibawa melawat ke kuliah Universiti Al-Azhar pada sebelah paginya.

-Selepas Isyak program sambutan diteruskan dengan perasmian penutup oleh PENASIHAT II DPMD, Ustaz Hazrul bin Husrin selepas majlis penerangan DESAK JPMK oleh AJK DESAK JPMK sendiri.

- Majlis berhenti rehat dengan menjamu selera.

-Semua hadirin bersurai.

| edit post

Sambutan Mahasiswa Baru 2009/2010

Posted by damietta On 11:43 PM 0 comments
| edit post

Kelas Tafaqquh Fiddin Akan Bermula

Posted by damietta On 11:25 PM 0 comments

Assalamualaikum, salam ukhuwah kepada semua sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Makluman kelas tafaqquh fiddin akan bersambung pada 15 November 2009 (AHAD).

JADUAL PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN

DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMIETTA

2009/2010

AHAD

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

SABTU

FATHUL QARIB (KITAB IBADAT)-U.WAN SAIFULLAH

FATHUL QARIB (KITAB JANAYAT)

U.WAN SAIFUDDIN

FATHUL QARIB (PUASA&HAJI)

U.HAFIZUDIN HASAN

FATHUL QARIB (KITAB MUNAKAHAT) U.RIFAE MUHAMMAD

FATHUL QARIB (KITAB MUAMALAT)

U.ISMAIL

TAFSIR JALALAIN

U.HAFIZUDIN HASAN

MUHTASAR JIDAN (U.KAMIL)

TAJWID MUYASSAR (U.WAN SAIFUDDIN)

KIFAYAH AWAM (TAUHID) U.HAFIZUDIN HASAN

BIDAYATUL HIDAYAH.

U.RIFAE MUHAMMAD

SORF . U.WAN SAIFULLAH

MATAN MUTAMMIMAH AJURUMIYAH. U.HAFIZUDIN HASAN










PENGUMUMAN:

-WAKTU KELAS PENGAJIAN :6-8 PAGI

-SEMUA PENGAJIAN BERJALAN DI MARKAZ DPMD

-TEMPAHAN KITAB BOLEH DIBUAT KEPADA UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN

(011-7042353)

-JADUAL TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

ANJURAN :UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN

ANJURAN BERSAMA :UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN

Pengumuman: Gotong-royong Pindah Markaz

Posted by damietta On 12:58 PM 0 comments
| edit post

Gerak Gempur Pembayaran Dana Syaqah

Posted by damietta On 12:55 PM 0 comments

Forum Siswa

Posted by damietta On 7:11 PM 0 comments
| edit post

Tarikh Permulaan Sesi Perkuliahan

Posted by damietta On 1:52 PM 0 comments
Setelah sekian lama bercuti, kini sesi perkuliahan di Universiti Al Azhar akan membuka tirainya tidak berapa lama lagi. Tarikh 3 Oktober 2009 merupakan tarikh rasmi permulaan sesi perkuliahan Universiti Al Azhar serta universiti-universiti yang berada di sekitar negara Mesir. Kenyataan ini telah dibuat di beberapa akhbar terkemuka di Negara ini. Justeru, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengucapkan selamat menjalani sesi baru perkuliahan untuk sesi 2009/2010. Pihak PMRAM juga mengharapkan agar semua mahasiswa/wi Malaysia memanfaatkan waktu yang sebaiknya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah. Selain itu, pihak PMRAM amat mengharapkan agar mahasiswa/wi tidak leka dan culas terhadap apa jua urusan pendaftaran sesi baru dan diharapkan agar dapat membuat urusan seawal mungkin bagi mengelakkan mengganggu waktu perkuliahan yang berjalan. Semoga dengan kehadiran sesi perkuliahan yang bakal menjelang ini dapat memberikan momentum terbaik untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Sumber: pmram.org

| edit post

Majlis Pelancaran Usrah Gabungan

Posted by damietta On 4:57 AM 0 comments
| edit post
Radio Arab

>>UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN<<

Majlis bacaan yassin sudah bermula marilah kita jayakannya. Kepada semua ahli DPMD dijemput hadir bagi memeriahkan majlis zikir ini.

>>UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN<<

JOM KE KULIAH...
DAH START NI

*********************
>>UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN<<

CARTA ORGANISASI AHLIJAWATANKUASA TADBIR
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMIETTA
SESI 2009/2010

[Klik Disini Untuk Lihat]

*********************

>>UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN<<

Berita baik buat sahabat ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta yang ingin mempamerkan alamat blog anda di blog rasmi DPM Damietta, untuk maklumat lanjut sila hubungi:

UNIT PENERBITAN DAN PENERANGAN

(MUHAMAD SHUHAIB BIN BAHARUM)

019-3417223

shuhaibcyber88@yahoo.com



MAJLIS PERASMIAN USRAH GABUNGAN

Alhamdulillah... pihak DPMD telah berjaya mengadakan Majlis Perasmian Usrah Gabungan Damietta dibawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (Jabatan Nuqaba') yang telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu dengan mengadakan pertandingan bola sepak antara naqib dan ahli usrah.




Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 8 Oktober 2009, jam 9.00 pagi)

Pada hari ini seramai 228 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 183 kes telah didiscaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 814 kes di 97 buah hospital termasuk 14 hospital swasta. [baca lagi]






Tajuk :


Kelebihan bersahur


Hadith :


Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Tajuk :

Keutamaan Membaca Al-quran

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sukakah kamu bila kamu pulang ke rumahmu lantas kamu mendapati tiga ekor unta yang sedang bunting dan gemuk-gemuk? Jawab kami:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda baginda:”Membaca tiga ayat dalam solat lebih bagus nilainya daripada ketiga unta bunting itu.”

(Muslim)



Untuk lihat video-video DPMD sila klik disini.

TAHUKAH ANDA

Di peringkat global seperti laporan WHO yang menyatakan sehingga kini, terdapat lebih daripada 300,000 kes yang disahkan positif di 191 buah negara dengan 3917 kematian didaftarkan. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia