"Akal yang baik lahir dari tubuh badan yang baik".

Dikirim oleh: damietta On 7:27 AM

New Damietta City, 13 Nov : Sepak takraw merupakan sejenis permainan diantara dua pasukan yang dianggotai oleh tiga pemain.Sukan tradisi ini dimainkan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sepak Takraw juga tidak ketinggalan menjadi sukan kegemaran mahasiswa Dumyat.

Ini dibuktikan dengan penyertaan daripada ahli Dumyat yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Dumyat 2011 bertarikh pada 13 November 2011 baru- baru ini.


Kejohanan ini diserikan lagi dengan penyertaan daripada taakhi Dumyat yang mewakili BKAN Wilayah Kuala Lumpur dan DPM Mansurah sekaligus dapat mengeratkan tali persaudaraan diantara ahli Dumyat dengan taakhi-taakhi Dumyat yang lain .


Diantara objektif lain kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang ada yang mana boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.Kejohanan yang bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari berjalan dengan lancar dalam suasana cuaca yang baik. 


 Akhir sekali,ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan takraw pada kali ini terutama BKAN Kuala Lumpur dan DPM Mansurah yang turut meluangkan masa turut serta dalam perlawanan tersebut .


Semoga mahasiswa terus menjadikan sukan sebagai cara mengukuhkan ukhuwwah Islamiah sesama rakan-rakan sekaligus dapat melahirkan mahasiswa yang cergas dan cerdas.Bak kata hukama’ "Akal yang baik lahir dari tubuh badan yang baik". 


 Disediakan oleh : 
 Mohd Hazri Bin Che Muda 
 Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Dumyat 2011

0 Response to ""Akal yang baik lahir dari tubuh badan yang baik"."

Jaulah Mahabbah AJKT

Photobucket

Baiti Jannati

Photobucket
............................................................. BENDAHARI (UNIT EKONOMI)Photobucket
Kemaskini terakhir pada OKTOBER 2011 .............................................................

SEMAKAN YURAN PERUMAHAN DPMD
:Photobucket



Kemaskini terakhir pada SEPTEMBER 2011

.

MAKLUMAN

-ASSALAMUALAIKUM...PERHATIAN!!!!........untuk minhah jamiyah antum dikehendaki tajdid semula...tarikh akhir...sehingga 18/11/11...PERKARA YANG PENTING SEBELUM DISERAHKAN adalah 1 -tasdiq kuliah. 2- 1 keping gambar . 3 -salinan paspot..untuk thun 4(mengulang) sudah dikecualikan...SILA AMBIK PENTING DAN SEBARKAN PADA SEMUA AHLI DPMD...(T.SU 11/12)..wsalm...

-salam..video diskusi kitab "adab khitbah waa zifaf fil huquqi az-zaujain" yang didiskusikan oleh Ustaz Muhammad Zuhaili bin Saiman boleh didapati DISINI sekain

-salam..setiausaha DPMD muhammad huzaifah b. Jmaluddin telah bertuka nombor telefon daripada +20111996072 kepada +201150176512..sekian harap dimaklumkan kepada semua

-buat mahasiswa tahun 4 Al-Azhar cawangan Dumyat yang akan menghadapi peperiksaan tasfiah bermula 18/9/2011 ini...ana mewakili saf kepimpinan DPM Damietta mengucapkan selamat menjawab & berjaya dalam exam ini...

-Assalamualaikum..maklumat pemangkuan Unit Penerangan dan Penerbitan Saudara Mohd Saufi bin Basarah dipangku oleh Setiausaha Agung Saudara Muhammad Huzaifah bin Jamaluddin. sekian

.- Assalamualaikum , perhatian kepada semua mahasiswa damietta , kepada sesiapa yang berminat untuk melanggan Majalah Hira' ini , boleh membuat tempahan kepada UPEP DPMD ( Ust Asri ) sebelum berakhir bulan julai ini...sila sertakan bayaran sebanyak LE45...sekian,terima kasih...

-Salam..diharapkn kepada semua mahasiswa Dumyat supaya dapat melazimi kehadiran ke muhadarah atau kuliah bagi mengelakkan daripada tidak dibenarkan untuk memasuki dewan peperiksaaan. Sila ambil berat tentnang pengumuman ini.

- salam... diharap kepada semua sahabt2 dumyat supaya dpt mengisi kajian JPA terhadap MSD dlm link yg berada di bwh ini,semoga semua yg ada FB dpt mengisinya dan sesiapa yg tiada,boleh merujuk kepada exco atau shbt2 lain yg ada FB. harap maklum dan sebarkan.. klik disini


:: PENAFIAN ::
Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

@2010/1431H Hakcipta Terpelihara

Portal Rasmi ini adalah dibawah tanggungjawab
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN Sesi 2011/2012
Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta (DPMD).

E-mel : upp_dpmd@yahoo.com | Powered by : Blogger