AIDILADHA : Memperkasakan “ KITA PMRAM “

Dikirim oleh: damietta On 9:41 AM

7 november 2011,new damietta city : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam ucapan dasar Presiden 2011 baru-baru ini telah meletakkan satu subtopik yang amat penting bagi menguatkan hubungan antara Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) & Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) iaitu “ Kita Pmram “.

Bagi merealisasikan ucapan dasar PMRAM tersebut, Pmram Cawangan Damietta mengambil inisiatif sempena cuti Hari Raya Aidiladha ini dengan menziarahi sahabat-sahabat di DPM Mansurah & BKAN Perak yang mengadakan sambutan aidiladha & walimah. Ahli DPM Damietta yang menyertai ziarah ini adalah seramai 24 orang.

Antara pengisian sambutan Hari Raya Aidiladha Mansurah ( KUBRA 11 ) adalah forum yang bertajuk “ sirah,sejarah & pengorbanan “. Antara ahli panel ialah Ustaz Hafizzul Azri Bin Azman ( BP Angkat Mansurah ) , Ustazah Intan Soraya Binti Hashim ( Hewi Angkat Mansurah ) & Ustaz Zulfadli Bin Zakariah ( Penasihat 1 DPM Damietta ).

Pengisian yang bertenaga yang ditunjukkan oleh ahli panel mengenai sirah yang teragung apabila tibanya musim haji ataupun bulan Zulhijjah iaitu pengorbanan Nabi Allah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang diperintahkan Allah Taala untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail Alaihissalam.Pengorbanan hanya semata kerana Allah dan untuk agama islam itu sendiri melebihi pengorbanan untuk kepentingan peribadi.

Setelah tamat program di Mansurah,perjalanan terus bergerak menuju ke Kaherah untuk ke Wisma Perak A bagi menerima jemputan walimah Saudara Ahmad Ghazali Bin Makrof yang merupakan ahli DPM Damietta serta pasangan dan dijamukan dengan jamuan setelah sampai,kemudian sesi bergambar bersama pengantin lelaki serta penyampaian hadiah kepada pengantin dan kemudiannya bertolak pulang terus ke bumi Damietta selepas solat maghrib.

Seluruh ahli amat gembira dengan perjalanan ini walaupun jauh,kerana ini membuktikan bahawa slogan “ Kita Pmram “ yang diterap oleh PMRAM pada tahun ini telah berjaya dijiwai oleh ahli-ahli di PMRAM Cawangan Damietta.Semoga konsep taakhi yang diterapkan oleh PMRAM dapat direalisasikan oleh semua ahli melalui BKAN & DPM masing-masing disamping dapat menghayati pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam terhadap Rab-Nya.

Disediakan oleh :
Muhamad Asri Bin Abd Razak
Pengerusi Pmram Cawangan Damietta 2011/2012

0 Response to "AIDILADHA : Memperkasakan “ KITA PMRAM “"

Jaulah Mahabbah AJKT

Photobucket

Baiti Jannati

Photobucket
............................................................. BENDAHARI (UNIT EKONOMI)Photobucket
Kemaskini terakhir pada OKTOBER 2011 .............................................................

SEMAKAN YURAN PERUMAHAN DPMD
:Photobucket



Kemaskini terakhir pada SEPTEMBER 2011

.

MAKLUMAN

-ASSALAMUALAIKUM...PERHATIAN!!!!........untuk minhah jamiyah antum dikehendaki tajdid semula...tarikh akhir...sehingga 18/11/11...PERKARA YANG PENTING SEBELUM DISERAHKAN adalah 1 -tasdiq kuliah. 2- 1 keping gambar . 3 -salinan paspot..untuk thun 4(mengulang) sudah dikecualikan...SILA AMBIK PENTING DAN SEBARKAN PADA SEMUA AHLI DPMD...(T.SU 11/12)..wsalm...

-salam..video diskusi kitab "adab khitbah waa zifaf fil huquqi az-zaujain" yang didiskusikan oleh Ustaz Muhammad Zuhaili bin Saiman boleh didapati DISINI sekain

-salam..setiausaha DPMD muhammad huzaifah b. Jmaluddin telah bertuka nombor telefon daripada +20111996072 kepada +201150176512..sekian harap dimaklumkan kepada semua

-buat mahasiswa tahun 4 Al-Azhar cawangan Dumyat yang akan menghadapi peperiksaan tasfiah bermula 18/9/2011 ini...ana mewakili saf kepimpinan DPM Damietta mengucapkan selamat menjawab & berjaya dalam exam ini...

-Assalamualaikum..maklumat pemangkuan Unit Penerangan dan Penerbitan Saudara Mohd Saufi bin Basarah dipangku oleh Setiausaha Agung Saudara Muhammad Huzaifah bin Jamaluddin. sekian

.- Assalamualaikum , perhatian kepada semua mahasiswa damietta , kepada sesiapa yang berminat untuk melanggan Majalah Hira' ini , boleh membuat tempahan kepada UPEP DPMD ( Ust Asri ) sebelum berakhir bulan julai ini...sila sertakan bayaran sebanyak LE45...sekian,terima kasih...

-Salam..diharapkn kepada semua mahasiswa Dumyat supaya dapat melazimi kehadiran ke muhadarah atau kuliah bagi mengelakkan daripada tidak dibenarkan untuk memasuki dewan peperiksaaan. Sila ambil berat tentnang pengumuman ini.

- salam... diharap kepada semua sahabt2 dumyat supaya dpt mengisi kajian JPA terhadap MSD dlm link yg berada di bwh ini,semoga semua yg ada FB dpt mengisinya dan sesiapa yg tiada,boleh merujuk kepada exco atau shbt2 lain yg ada FB. harap maklum dan sebarkan.. klik disini


:: PENAFIAN ::
Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

@2010/1431H Hakcipta Terpelihara

Portal Rasmi ini adalah dibawah tanggungjawab
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN Sesi 2011/2012
Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta (DPMD).

E-mel : upp_dpmd@yahoo.com | Powered by : Blogger