KAHERAH, 15 Nov - Hari ini merupakan tarikh secara rasminya segala program dan aktiviti di peringkat PMRAM pusat mahupun PMRAM cawangan sama ada BKAN dan DPM ditawakkufkan.
Ini bermakna seluruh BKAN dan DPM tidak dibenarkan mengadakan program dan aktiviti di peringkat masing-masing berkuatkuasakan hari ini. Demikian ini adalah bagi memberi laluan sepenuhnya kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk memberi tumpuan terhadap pengajian di kuliah masing-masing.
" Pihak PMRAM telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan sebagai tarikh tawakkuf program bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi dapat fokus terhadap pelajaran sekaligus mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang yang dijadualkan awal Januari depan " ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Timbalan Presiden, merangkap Ketua Lajanah perancang dan Panitia PMRAM.
Justeru pihak PMRAM mengharapkan kepada ahli PMRAM khususnya dan seluruh mahasiswa/wi secara amnya supaya dapat menggunakan tempoh ini sebaik mungkin dalam memastikan persiapan dan persediaan rapi dilakukan sebelum menempuhi peperiksaan fasa pertama kelak.
Harapan kita agar suptopik " Kecemerlangan akademik sebagai senjata utama " yang menjadi ucapan dasar Presiden PMRAM 2011 dapat direalisasikan di seluruh peringkat sama ada pengajian Islam mahupun perubatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 Response to "15 November - Tarikh Tawakkuf Program Secara Rasmi"