Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Tidak kira dimanapun kita berada penggunaan tempat memasak menjadi suatu keperluan di masa ini bagi menyediakan masakan.Tidak kira dengan menggunakan dapur jenis tradisional ataupun jenis moden.Namun tahukah kita bagaimana caranya menggunakan gas yang betul?
InsyaAllah pada entri kali ini,penulis akan berkongsi serba sedikit tentang cara-cara penggunaan gas dengan betul.
Apa yang PERLU anda lakukan?
1. Pastikan semua injap peralatan gas ditutup dengan sempurna.
2. Pastikan barang yang mudah terbakar seperti kain dan kertas, dijauhkan daripada api.
3. Sekiranya anda menggunakan dapur bukan automatik, cara yang betul untuk menyalakan
dapur adalah dengan menyalakan mancis, mencucuh api ke pembakaran, kemudian memutar
alat kawalan penyalaan.
4. Sentiasa membuka pintu dan tingkap ketika memasak. Pengudaraan yang tidak baik boleh
menyebabkan keracunan karbon monoksida.
5. Sentiasa membersihkan permukaan dapur yang terkena minyak dan tumpahan makanan
kerana ia boleh mengakibatkan kebakaran.
6. Sentiasa memeriksa gas dari semasa ke semasa dan dapatkan perkhidmatan individu
kompeten yang diiktiraf Suruhanjaya Tenaga.
7. Pastikan rumah anda mempunyai pemadam api.
Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan?
1. TIDAK BOLEH tinggalkan masakan tanpa pengawasan.
2. TIDAK BOLEH gunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) pada dapur yang direka khas untuk
Gas Asli.
3. TIDAK BOLEH lakukan sendiri kerja pengubahsuaian dan penyambungan laluan paip gas.
4. TIDAK BOLEH lakukan kerja penggalian di laluan talian paip gas.
Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi sedikit imput yang berguna kepada para pembaca sekalain.
Wallahu A’lam
Disediakan oleh :
Unit Perumahan DPMD Sesi 2009/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 Response to "Panduan Penggunaan Gas"