bottom
ASSALAMUALAIKUM WBTH, Selamat Datang kepada semua mahasiswa baru ke bumi Dumyat, SEKIAN TERIMA KASIH.."JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH" .::SALAM UKHUWAH::.
*Bendahari Syukran: Mohd Arif b. Hj Hassan
[Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas]

Sambutan Ihya' Ramadan

Posted by damietta On 12:02 PM 0 comments
[Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas]

Kalam Pengerusi DPMD Sesi 2009/2010

Posted by damietta On 12:50 PM 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة
والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحا به اجمعين

Segala puji bagi Allah S.W.T yang terus memberikan taufiq,hidayah,inayah serta rahmatnya kepada kita semua,selawat dan salam hanya ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang merupakan contoh ikutan sepanjang zaman…

Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian melihat firman Allah S.W.T yang berbunyi

إنا عرضنا الأمانة على السموت و الأرض و الجبال فأبين أن يحملنها و أشفقن منها و حملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا

Maksudnya : sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, bukit bukau namun semuanya enggan dan menolak kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya , kemudian ianya diterima oleh manusia sesungguhnya manusia adalah zalim lagi jahil. (Al Ahzab:72)

Menurut Qurtubi, Ibn Kathir serta Fakhrul Razi dan Al-Mawardi amanah membawa maksud menegakkan agama serta mentadbir seluruh dunia dengan berlandaskan agama.Begitu berat amanah yang kita terima,tapi masih ada lagi masa untuk berfoya-foya dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjunjung perjuangan ini.

Sahabat-sahabat sekalian,Saf kepimpinan AJKT DPM Damietta saban tahun akan bersilih ganti,namun disana ianya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menjaga kebajikan ahli dari segi thaqafah,tarbiah dan juga ijtimai’eah.Semua ini tidak akan tercapai sekiranya tidak mendapat sokongan dari semua pihak.Kita haruslah bersatu bukan sahaja dalam mengeluarkan pendapat tetapi yang lebih penting bersatu dalam menyumbangkan tenaga bertepatan dengan tema PMRAM tahun ini iaitu “JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH”

Seterusnya marilah sama-sama kita menggunakan dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan waktu lapang dengan sebaik-baiknya,tambahan pula kita sekarang ini masih di dalam waktu bercuti,dan janganlah ianya menjadi alasan untuk kita bercuti dari segala aktiviti.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda sentiasa dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Akhirnya kami memohon doa dari sahabat-sahabat sekalian agar Saf Kepimpinan AJKT sesi 2009/2010 dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kalian dan Islam itu sendiri.BANTULAH KAMI AGAR KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA…


(MOHD SHAIFUL KHAN BIN AHMAD)

Pengerusi

DPM Damietta sesi 2009/2010

| edit post

Skuad Bola Tampar Kerang Membanggakan!

Posted by damietta On 12:31 AM 0 comments
HAYYU AISYIR: Skuad bola tampar kerang telah mencapai prestasi yang membanggakan kerana telah berjaya menunjukkan semangat permainan berpasukan yang tinggi dalam kejohanan bola tampar pada EGP 09 pada tahun ini. Walaupun kalah pada pasukan Damanhur pada pelawanan final, skuad kerang telah berjaya mencuri hati penyokong yang daripada awal permainan kumpulan telah tidak jemu memberi sokongan padu kepada pemain-pemain. Daripada kami warga Dumyat mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua yang telah bermain bersungguh-sungguh dalam perlawanan itu.

| edit post

Kolokium Ilmuan PMRAM Siri 5

Posted by damietta On 12:26 AM 0 comments

Kolokium Ilmuan PMRAM Siri 5

Tarikh: 13/8/2009
Tempat: Dewan Solah Kamil Mahmud (Kaherah)
Masa: 8.00 pagi

BAYARAN: LE 15.00

*Semua mahasiswa tahun 1 diwajibkan hadir.


| edit post

Sekitar MAT Ke-16

Posted by damietta On 10:19 AM 0 comments
| edit post

Syeikh Tantawi Jauhari

Posted by damietta On 11:23 AM 0 comments
Syeikh Tantawi Jauhari adalah satu nama besar di kalangan para mufassirun (ahli-ahli tafsir al-Quran) khususnya pada abad moden. Ini kerana pendekatan beliau dalam mentafsirkan ayat lebih menjurus kepada ilmu sains moden. Ia menunjukkan bahawa ilmu sains tidak dapat diasingkan daripada al-Quran, atau lebih tepat lagi bahawa sains adalah merujuk kepada al-Quran. Ia bukan sekadar kitab suci yang dibaca dan menceritakan tentang perihal urusan agama, urusan amal ibadat atau akidah semata-mata, tetapi juga rujukan kepada ilmu-ilmu moden.

Apatah lagi Mesir yang pernah dijajah oleh Perancis, Inggeris yang berusaha untuk menjauhkan rakyat Negara itu yang berada dalam dilemma khususnya untuk mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Penjajahan sudah masuk episodnya yang mencemaskan, apabila rakyat diperbodohkan dengan pelbagai tingkah laku yang jauh daripda pegangan Islam sebenar. [Baca lagi]

Sumber: pmram.org

| edit post

Fadhilat Bulan Sya'aban

Posted by damietta On 6:19 PM 0 comments
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
| edit post

Manfaat Susu Kambing

Posted by damietta On 3:24 PM 0 comments
Dr Ir Ronny Rachman Noor

Susu kambing memang memiliki karakteristik yang berbeda dengan susu sapi, ataupun air susu ibu (ASI). Susu kambing memiliki daya cerna yang tinggi, memiliki tingkat keasaman yang khas, memiliki kapasitas bufer yang tinggi dan dapat digunakan untuk mengobati penyakit tertentu.

Daging kambing sudah sangat populer bagi masyakarat. Berbagai macam jenis makanan tradisional diolah dari daging kambing seperti misalnya sate, sop, gulai, dan kare. Walaupun demikian, seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Berikut disajikan nilai nutrisi, kelebihan dan kelemahan susu dan daging kambing.. [Baca Lagi]

Sumber: Cina Islam

| edit post

Sambutan Nisfu Sya'aban

Posted by damietta On 2:20 PM 0 comments
Assalamualaikum....

Bersempena dengan bulan nisfu sya'aban akan diadakan
Majlis Bacaan Yassin seperti berikut:


Tempat : Dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud
Tarikh : 5.8.2009
Masa : 8.00 malam (Solat Magrib di markas)


Semua warga Dumyat dijemput hadir
bagi memeriahkan bulan yang mulia ini.
Sekian,terima kasih.


Anjuran: Unit Dakwah

| edit post

AJKT DAMIETTA SESI 2009/10

Posted by damietta On 9:54 PM 0 comments

STRUKTUR ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA TADBIR

DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMIETTA

SESI 2009/2010





PENGERUSI

(Unit Perhubungan Luar)

(MOHD SHAIFUL KHAN BIN AHMAD)

010-0513348

saiful_cairo@yahoo.com




TIMBALAN PENGERUSI

(Unit Perancang)

(MOHAMAD NAIM BIN ZAINUDIN)

018-7591454

serau_boy88@yahoo.com




SETIAUSAHA AGUNG

(MUHAMMAD FIRDAUS BIN AL-HASSAN)

010-4282296

dauz_88@yahoo.com




TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

(Unit Kebajikan dan Kemanusian)

(LOKMAN BIN CHE GHAZALI)

010-0716490

luqman_azdum@yahoo.com




BENDAHARI KEHORMAT

(Unit Ekonomi)

(MOHD ZAKUAN BIN MOHD SAID)

011-7689743

ibn_soid@yahoo.com




UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN

(MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN SA’ADON)

011-7042353

ms_mohas89@yahoo.com




UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN

(AHMAD RIFA’I BIN MUHAMMAD)

014-1769958

rifae_dumyat@yahoo.com




UNIT PERUMAHAN

(AHMAD GHAZALI BIN MAKROF)

016-2159692

Ahmad_ghazali50@yahoo.com




UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN

(MUHAMAD SHUHAIB BIN BAHARUM)

019-3417223

shuhaibcyber88@yahoo.com




UNIT KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN SUKAN

(MASRI BIN MOHD ROSDI)

019-1822124

azzuri_79@yahoo.com




UNIT SAMBUTAN DAN REHLAH

(ZULFADLI BIN ZAKARIAH)

011-6840325

rak_kitab88@yahoo.com


| edit post
Radio Arab

>>UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN<<

Majlis bacaan yassin sudah bermula marilah kita jayakannya. Kepada semua ahli DPMD dijemput hadir bagi memeriahkan majlis zikir ini.

>>UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN<<

JOM KE KULIAH...
DAH START NI

*********************
>>UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN<<

CARTA ORGANISASI AHLIJAWATANKUASA TADBIR
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMIETTA
SESI 2009/2010

[Klik Disini Untuk Lihat]

*********************

>>UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN<<

Berita baik buat sahabat ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta yang ingin mempamerkan alamat blog anda di blog rasmi DPM Damietta, untuk maklumat lanjut sila hubungi:

UNIT PENERBITAN DAN PENERANGAN

(MUHAMAD SHUHAIB BIN BAHARUM)

019-3417223

shuhaibcyber88@yahoo.com



MAJLIS PERASMIAN USRAH GABUNGAN

Alhamdulillah... pihak DPMD telah berjaya mengadakan Majlis Perasmian Usrah Gabungan Damietta dibawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (Jabatan Nuqaba') yang telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu dengan mengadakan pertandingan bola sepak antara naqib dan ahli usrah.




Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 8 Oktober 2009, jam 9.00 pagi)

Pada hari ini seramai 228 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 183 kes telah didiscaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 814 kes di 97 buah hospital termasuk 14 hospital swasta. [baca lagi]






Tajuk :


Kelebihan bersahur


Hadith :


Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Tajuk :

Keutamaan Membaca Al-quran

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sukakah kamu bila kamu pulang ke rumahmu lantas kamu mendapati tiga ekor unta yang sedang bunting dan gemuk-gemuk? Jawab kami:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda baginda:”Membaca tiga ayat dalam solat lebih bagus nilainya daripada ketiga unta bunting itu.”

(Muslim)



Untuk lihat video-video DPMD sila klik disini.

TAHUKAH ANDA

Di peringkat global seperti laporan WHO yang menyatakan sehingga kini, terdapat lebih daripada 300,000 kes yang disahkan positif di 191 buah negara dengan 3917 kematian didaftarkan. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia