SEJARAH PENUBUHAN DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMIETTA
Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta adalah salah satu daripada lapan Dewan Perwakilan Mahasiswa yang bernaung dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Dewan Perwakilan ini telah ditubuhkan pada 1HB DISEMBER 1993 bertempat di kawasan penempatan baru, Dumyat Jadidah.
Persatuan pelajar yang pada mulanya diperkuatkan dengan keahlian seramai 35 orang ini,diasaskan dengan tujuan menjaga hal ehwal kebajikan anak Melayu yang menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Cawangan Dumyat.
Kawasan Dumyat Jadidah yang terletak berhampiran dengan persisiran pantai laut Meditranaen dibelakangnya dan dikelilingi dengan ladang kurma ini merupakan kawasan yang tidak pernah dijejaki oleh anak Melayu sebelum dihantar menyambung pengajian oleh pihak Universiti Al-Azhar ke negeri Dumyat ini.









salam
selamat maju jaya kpd dpmd.. cuma ana rasa info sejarah dpmd ni kena lihat semula.. sebenarnya hanya 25 org shj batch pertama masa ditptkn dulu bkn 35.. ana pernah buat catatan sejarah penubuhan dpmd masa jd su dulu.. rasanya tmuat dlm satu artikel keluaran dpmd masa tu.. t.kasih
slmt blajar n balik mperjuangankn Islam di tanah air
najahudin lateh
su agung dpmd
1994/95 & 1995/96
Assalamualaikum...tahniah kerana ahli2 Dumyat sekarang dah canggih..ana salah seorang pelajar group awal bacth 93/94 bersama akhi Najahuddin Lateh. Kalau tak silap ana, bilangan pelajar batch pertama 34 atau 36 orang,(tolong perbetul kalau salah), sebab ada yang "tarik diri" rasanya masa mula2 kenal Dumyat. Kat ana ada gambar yang dirakamkan oleh AJK MKKK yang datang melawat kami masa awal2 "posting" ke Dumyat, nanti ana uploadkan. Masa tu ada beberapa org sahaja yang tak hadir. Insyaallah Jumpa lagi.